Azlan Shah Studio

Wedding & Event Photography @ 012 6744354

6/29/2009

Solemnization - Diana & Saharuddin Riza

by azlanshah |





Salam Kota Tinggi,

Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada orang johor kerana agak sibuk sedikit
dengan beberapa rezeki yang datang tidak berbau. Alhamdulillah, beberapa projek yang
tidak mampu untuk ditolak telah masuk tanpa henti dan InsyaAllah akan dikongsi
bersama pada sesi akan datang.

Tanpa melengahkan masa, maka saya persembahkan antara hasil karya saya terbaru
yang berlangsung di Kota Tinggi, Johor. Terima kasih kepada pasangan Diana dan
Saharuddin kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakam detik bersejarah
anda berdua. Perjalanan jauh terubat apabila melihat hasil gambar yang telah dirakam.

Album anda dalam proses pembikinan dan akan diproses secepat mungkin, Pada sesi
seterusnya akan diupload job Johor client yang seterusnya.

Sekian terima kasih~

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||

6/22/2009

Wedding Video~

by azlanshah |




Salam Sejahtera,

Sekadar ingin update entri untuk kali ini. Beberapa rakan bertanyakan
entri terbaru, akan tetapi saya agak kesibukan sedikit kerana terbabit
dalam wedding video yang dalam proses pembikinan.

Apa?? wedding video?? yup saya mmg terbabit dalam mengarah dan
mengedit wedding video, but at the moment it is just my side project.
My main project is still Wedding Photography, maaf hanya gambar
sahaja yang saya ingin paparkan.

Kepada yang berminat dengan hasil kerja video, anda perlu set perjumpaan
untuk melihat sendiri. Tiada video akan dipaparkan disini, maaf sekali lagi.
Para client jangan bimbang kerana pembikinan photo album anda masih
berjalan seperti biasa, cuma sedikit perlahan daripada biasa. Untuk kualiti,
kita memerlukan masa yang lebih sedikit. InsyaAllah..

Sekian Terima Kasih~ =D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||

6/17/2009

Engagement : Faezah Fuad

by azlanshah |






Salam pertunangan,

Sedang saya dalam keadaan menyiapkan diri dalam keadaan mental 
dan fizikal untuk job di Johor, tiba-tiba handphone berdering dan nama 
rakan lamaku Faezah Fuad tertera di skrin. 

Faezah : "Hello lan, minggu depan 30 Mei ada job kan?" 

Saya : "yup, kan dh bagitau awal-awal my schedule, nape? jangan cakap 
            kamu jadi tunang lak?" 

Fezah : "hehe jadi tunang.. cmana ni ek? takde photographer ni.."

Lalu terkedu lidah ku, kerana kalau member-member mintak tolong
pasti akan ditunaikan. Lalu ku dail rakan seperjuangan iaitu dol.
Maka gandingan dilakukan dimana dol shoot dan saya edit.

Tahniah diucapkan dan semoga cepat kahwin hehe..

Sekian terima kasih~

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||

6/02/2009

Team Fotorama~

by azlanshah |



Salam Kota Tinggi!

Pemergian saya kesana atas undangan merakam perkahwinan yang 
berlangsung selama 2 hari 2 malam. Pemergian ditemani oleh 2 rakan 
yang baru berjinak dalam dunia fotografi dan ingin menimba pengalaman. 
Ketibaan disana telah disambut oleh Team Fotorama cawangan Johor 
iaitu saudara Razak atau dikenali Ajak dikalangan rakan-rakannya. 

Kepenatan perjalanan dan tugasan telah diganti dengan kepuasan dalam 
sesi outdoor yang dijalankan. Terima Kasih kepada Diana kerana sudi 
menjemput kami. Gambar Pasangan Saharuddin & Diana dari Kota Tinggi 
akan di upload pada sesi seterusnya. Pada minggu berikutnya saya akan 
ke Kluang dan Batu Pahat, Johor. Nantikan sesi seterusnya~

Sekian Terima Kasih.. =D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||

Subscribe