Azlan Shah Studio

Wedding & Event Photography @ 012 6744354

11/26/2009

My Photo get Juiced!

by azlanshah |




My Photo Get Juiced!

Maaf kerana sudah agak lama saya tidak update wedding blog saya ini.
Kehilangan adalah kerana atas urusan kerja ofis yang membawa saya
ke Ipoh, Perak dimana satu upacara soft launch yang dirasmikan oleh
MB Perak telah berlangsung. Satu tuntutan yang amat memakan masa
dan tenaga.

Tatkala sedang sibuk dengan kerja ofis, saya telah dikhabarkan dimana
salah satu foto untuk client saya telah di siarkan di salah satu majalah
urban masakini iaitu Juice Magazine.

Untuk pengetahuan kalian, kerja fotografi saya tidak terbatas dalam
bidang wedding photography sahaja. Ianya meliputi Corporate Event,
Annual Dinner, Mini Commercial shoot dan sebagainya. Antara client
korporat yang pernah saya bekerjasama ialah RHB Bank, Jackel, Giant,
Gentawang Sdn Bhd (syarikat kontraktor) dan juga Pemuda UMNO.

Akan tetapi fokus saya dalam blog ini adalah untuk mempromosi hasil
kerja saya dalam bidang wedding sahaja kerana ia adalah main business
saya. Jikalau pihak korporat dan swasta ingin melihat hasil kerja dalam
bidang mereka, silalah hubungi saya secara peribadi.

Hasil kerja diatas ialah meliputi satu sesi mini commercial shoot telah
dijalankan iaitu produk Kendama. Ianya adalah sejenis permainan
tradisional Jepun yang telah di import terus ke Malaysia. Selain daripada
JUICE Magazine, saya juga melibatkan diri semasa sesi promosi
di Urbanscape anjuran KLUE Magazine bertempat di KLPAC, KL.

Entri seterusnya akan mepaparkan wedding job terbaru saya yang berlangsung
di Klang, Selangor. Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha!

Sekian, Terima Kasih :D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||





Salam bulan November,

Seperti dijanjikan saya persembahkan part 2 kepada pasangan
Norbaizura Nasikin & Ramzi Md Noor yang telah saya shoot di Sentul
tempohari.

Upacara sebelah lelaki telah diraikan di Johor Bahru. Majlis di Johor
Bahru telah disempurnakan oleh associates kami iaitu bro Akmal yang
merupakan anak jati JB. Hasil kerja beliau memang tidak perlu lah
dipertikaikan lagi bagi orang lama sepertinya, tidak percaya tataplah
gambar diatas hehe..

Akhir kata album sedang dalam proses penyiapan pada peringkat
akhir, enjoy!

sekian terima kasih~ :D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||

11/04/2009

Solemnization -Hairullizam & Siti Hajar

by azlanshah |









Salam Orang Johor!

To be honest saya suka job di Johor kerana saya pasti akan pulang ke KL
dengan perasaan yang gembira kerana berpuas hati terhadap setiap sesi
outdoor yang dijalankan. Kerana di Johor terdapat beberapa lokasi yang
menarik untuk sesi outdoor dijalankan.

Tanpa berlengah lagi saya memperkenalkan client pada kali ini iaitu
saudara Hairullizam dan Siti Hajar. Pemergian saya kesana selama
3 hari 2 malam ditugaskan untuk merakam saat berbahagia kedua-dua
belah pihak.

Antara yang menarik ingin dikongsi pada sesi kali ini ialah dimana
kami melakukan sesi outdoor di Istana Persinggahan Sultan Johor! :D

Terima kasih kepada pihak yang memberi kebenaran kepada kami
untuk menggunakan Istana tersebut. Sesi berjalan dengan lancar
atas bantuan Fotoroma cawangan Johor iaitu saudara Ajak. Tidak
lupa juga kepada ex Client iaitu saudara Fendi yang memberi
peluang kepada saya untuk sesi kali ini.

Akhir kata teruskanlah menyokong karya dari Azlan Shah Studio
dan Fotorama! InsyaAllah..

Sekian, Terima Kasih :D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||

Subscribe