Azlan Shah Studio

Wedding & Event Photography @ 012 6744354





Salam Ramadhan!


Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah sebulan saya tidak mengemaskini laman
foto blog saya huhu.. hmmm.. percutian ke redang, cermin kereta kena pecah, job
korporat iaitu UMNO dan RHB Bank, pulang ke kampung Segamat menghadiri
kenduri tahlil dan juga dateline di pejabat yang perlu disiapkan sebelum menjelang
ramadhan.

Tanpa berlengah lagi, saya mempersembahkan job yang berlangsung di Dewan Sek11,
Shah Alam. Pasangan bernama Khairul Shahril & Rozia Wati. Sesi Make Up bertempat
di Subang Jaya pada pukul 10.30 pagi dan majlis berlangsung pada jam 1 tengahari.

Majlis berlangsung dengan suasana ringkas tetapi meriah. Rakan taulan dan saudara
mara tidak putus-putus tiba untuk menyaksikan detik bersejarah mempelai dan
tambahan pula dengan cuaca yang terang benderang telah melengkapkan majlis
tersebut.

Akhir kata, custom album sedang dalam proses penyiapan. Terima Kasih dan kita
akan berjumpa lagi dimana saya akan memaparkan sesi pre wedding yang bertempat
di Pulau Redang, Terengganu pada entri seterusnya..

Sekian, Terima Kasih. =D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||


Subscribe