Azlan Shah Studio

Wedding & Event Photography @ 012 6744354

12/15/2009

solemnization -Najib Perumal & Rahimah

by azlanshah |






Salam Kota Tinggi!

Entri terbaru kali ini terletak nun jauh ke selatan Malaysia.
Boleh tahan kebas punggung saya drive dari kL ke Kota Tinggi, Johor.
Akan tetapi demi tugas yang tercinta, saya gagahkan jua, chewah! :D
Pasangan yang diraikan ialah saudara Najib Perumal dan saudari Rahimah.

Majlis berlangsung dengan sangat meriah dimana kehadiran rombongan
keluarga saudara Najib hadir dengan pakaian tradisional bangsa India
iaitu Sari bagi kaum wanita. Sungguh berwarna warni. Kalau Dato' Seri
Najib Tun Razak tengok mesti dia suka kerana menepati konsep 1Malaysia
yang diwarwarkan oleh beliau. :D

Tahniah kepada pasangan diatas, semoga berbahagia hendaknya. Album
akan disiapkan secepat mungkin. Baiklah saya mengundurkan diri terlebih
dahulu kerana ingin menyiapkan diri untuk sesi fotografi dengan Giant
Hypermarket Annual Dinner 2009 bertempat di Holiday Villa, Subang Jaya.

Sekian, Terima Kasih! :D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||




Salam bulan disember!


Seperti kita semua sedia maklum, bulan disember terkenal dengan bulan
pertunangan dan perkahwinan. Gambar diatas juga tidak terkecuali
dimana pasangan Izwan Azzeri & Nurulhassanah selamat melangsungkan
majlis bertunang mereka.

Majlis berlangsung dengan meriah dibantu dengan cuaca yang cerah dan
nyaman membantu melancarkan majlis tersebut.

Akhir kata tahniah diucapkan kepada pasangan, semoga berbahagia ke
jinjang pelamin hendaknya.

Sekian Terima Kasih! :D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||


12/04/2009

Solemnization -Mohd Amra & Syahnorlydah

by azlanshah |




Salam Aidiladha,

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini membabitkan pasangan dari Klang, iaitu
saudara Mohd Amra dan Syahnorlydah. Diperkenalkan oleh saudara Shukri,
pasangan yang sporting melayan kerenah saya tatkala sesi outdoor yang
berlangsung dengan cuaca sejuk dingin selepas hujan rintik menitis.

Dengan bertemakan baju berwarna unggu, pasangan selamat di raikan
dalam suasana majlis yang meriah dan berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.
Pasangan juga tidak kekok untuk berposing demi melancarkan sesi fotografi.

Akhir kata, terima kasih diucapkan dan custom album kalian dalam proses akhir
untuk disiapkan. Entri akan datang akan memaparkan majlis pertunangan
di Puchong iaitu saudari Nurul Hassanah.

Sekian, Terima Kasih! :D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||

Subscribe