Azlan Shah Studio

Wedding & Event Photography @ 012 6744354






Salam Sejahtera,

Entri kali ini membabitkan pasangan dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru
iaitu Norbaizura Nasikin dan Ramzi Md Noor. Majlis diadakan di Sentul,
Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Gambar majlis di Johor Bahru akan
diupload pada sesi akan datang.

Saya telah dipertanggung jawabkan untuk menyempurnakan sesi di Sentul
di mana berlangsung selama 2 hari iaitu hari pernikahan, malam berinai
dan pada keesokannya majlis bersanding. Segalanya berlangsung dengan
lancar dan meriah serta dibantu dengan cuaca yang baik.

Terima kasih kepada pasangan kerana sporting melayan permintaan saya
untuk sesi posing yang diadakan. Terima kasih juga kepada ex client saya
iaitu Pn. Nai yang memberi peluang untuk meyempurnakan majlis kali ini.

Entri berikutnya akan dipertontonkan hasil kerja daripada associates kami
yang berpangkalan di Johor Bahru iaitu brother Akmal kerana pada waktu
itu saya mempunyai tugasan di Batu Pahat pula untuk diselesaikan.

Sekian Terima Kasih~ :D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||

10/14/2009

Bukhairi & Raihan Engagement Day~

by azlanshah |




Salam Sejahtera~

Selepas berpenat lelah ke Taiping, sesi seterusnya bertempat di Klang,
Selangor. Majlis yang dirakam merupakan satu majlis pertunangan
di antara cik Raihan bersama tunangnya En. Bukhari.

Majlis berjalan dengan lancar dan meriah dengan dihadiri saudara mara
dan rakan taulan. Terima kasih kepada rakan cik Raihan yang sporting
melayan kerenah saya hahaha =D

Terima kasih juga kepada cik Ayu iaitu bekas client saya yang memberi
peluang kepada saya untuk merakam detik indah cik Raihan. Enjoy! =D

Sekian, terima kasih! =D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||

10/12/2009

Shah & Mila Tied the Knot!

by azlanshah |



Selamat Pengantin Baru Sahabatku!!

Entri kali ini adalah berkenaan salah seorang sahabatku yang sama-sama
belajar di Art & Design UiTM Perak. Pasangan tersebut ialah Shah & Mila! =D

Lama betul diorang ni bercinta dpd zaman belajar diploma, degree sampai la dh keje
akhirnya Alhamdulillah berjaya juga pasangan ini disatukan. Majlis bertempat di Taiping,
Perak. Meriah? toksah nak cakap la, memang cukup meriah dengan kedatangan saudara
mara dan sahabat handai pengantin yang juga merangkap sahabat saya juga hahhaha.

Akhir kata semoga berbahagia hendaknya kepada pasangan dan semoga cepat mendapat
cahaya mata, amin!

sekian, terima kasih =D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||

Subscribe