Azlan Shah Studio

Wedding & Event Photography @ 012 6744354

11/26/2009

My Photo get Juiced!

by azlanshah |




My Photo Get Juiced!

Maaf kerana sudah agak lama saya tidak update wedding blog saya ini.
Kehilangan adalah kerana atas urusan kerja ofis yang membawa saya
ke Ipoh, Perak dimana satu upacara soft launch yang dirasmikan oleh
MB Perak telah berlangsung. Satu tuntutan yang amat memakan masa
dan tenaga.

Tatkala sedang sibuk dengan kerja ofis, saya telah dikhabarkan dimana
salah satu foto untuk client saya telah di siarkan di salah satu majalah
urban masakini iaitu Juice Magazine.

Untuk pengetahuan kalian, kerja fotografi saya tidak terbatas dalam
bidang wedding photography sahaja. Ianya meliputi Corporate Event,
Annual Dinner, Mini Commercial shoot dan sebagainya. Antara client
korporat yang pernah saya bekerjasama ialah RHB Bank, Jackel, Giant,
Gentawang Sdn Bhd (syarikat kontraktor) dan juga Pemuda UMNO.

Akan tetapi fokus saya dalam blog ini adalah untuk mempromosi hasil
kerja saya dalam bidang wedding sahaja kerana ia adalah main business
saya. Jikalau pihak korporat dan swasta ingin melihat hasil kerja dalam
bidang mereka, silalah hubungi saya secara peribadi.

Hasil kerja diatas ialah meliputi satu sesi mini commercial shoot telah
dijalankan iaitu produk Kendama. Ianya adalah sejenis permainan
tradisional Jepun yang telah di import terus ke Malaysia. Selain daripada
JUICE Magazine, saya juga melibatkan diri semasa sesi promosi
di Urbanscape anjuran KLUE Magazine bertempat di KLPAC, KL.

Entri seterusnya akan mepaparkan wedding job terbaru saya yang berlangsung
di Klang, Selangor. Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha!

Sekian, Terima Kasih :D

|| Photography Services || Wedding || Event || Azlan Shah@012-6744354 ||

Subscribe